11 February, 2012

Rinduu..




entah kenapa. bila tengok gambar ni. macam macam aku fikir. kat mana mereka semua sekarang? semua dah ada haluan sendiri. doa aku, agar Allah sentiasa pelihara di mana sahaja mereka berada :D
                                                    
                                                   ASSALAMUALAIKUM....

Da 2 bulan... berpisah dengan warga os7.. ape kabar mereka.. makin rindu aku pada mereka semua... ramai dah ada haluan sendiri, kerja lah, belajar lah, fast track lah, lesen lah dan segala bagai benda biasa untuk budak budak lepasan SPM lalui... erm...


alhamdulillah aku sgt gembira dan bersyukur sangat Allah pertemukan aku dgn mereka2 os7... aku sangat kagum dgn batch aku,,, pada mulanya batch kami sering bergaduh antara satu sama lain.. tetapi 
bila naik alam menengah atas, baru makin lama makin rapat... bukan dengan geng sendiri tapi dengan semua orang... semua dah jadi 1 keluarga. bila waktu rehat, batch kitaorang lah yang akan paling memekak kat kantin sekolah. kalau tanya junior, memang kitaorang lah yang selalu jerit jerit gelak gelak semua dengan kuat...


pernah satu hari, kantin waktu tu dipenuhi kitaorang je. memang boleh agak la kan macam mana keadaan kantin waktu tu, semua berkumpul satu tempat dan memang sangat sangat sangat bahagia waktu tu. tapi siapa sangka, gelak tawa semua tu dah jadi kenangan je sekarang... apa yang aku boleh cakap, aku akan rindu setiap seorang daripada mereka. tiada yang terkecuali! ukhuwwah aku dengan mereka memang sangat segar. hingga ada senior pernah cakap kat aku yang ukhuwwah kami sangat hebat..... itu aku memang aku sendiri akui...



setiap detik kat explorace paling bagi kesedaran kat aku. waktu tu, memang dekat sangat dengan perpisahan. dan, hari ni semuanya dah berpisah... dan, bila saat berpisah tiba, memang lama aku termenung dalam perjalanan balik. mungkin baru semalam aku sedar yang memang kami semua dah berpisahh secara rasminya. aku jamin. kalau reunion ada pon, takkan dapat kumpul semua yang pernah mewarnai batch os7 sejak daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5...



aku tetap akan rindu setiap ragam, suka, duka dan gelak tawa mereka. aku tahu, tak mudah nak cari mereka selepas ini di luar sana. lepas ni, masa untuk kita gerak sendiri tanpa sahabat di sisi. tak mudah nak cari sahabat macam ni semua kat luar. aku SAYANG mereka sampai bila bila.sekarang, aku berdoa agar Allah pelihara tiap tiap hati os7. agar Allah tetapkan hati ini semua atas jalan yang Allah redha. biarlah seluruh keluarga os7 dapat bersama sama berkumpul di syurga nanti. biarlah semua berjaya dalam hidup.....




harapan aku, moga semua kami ini tergolong antara salah satu golongan yang dinaungi Allah di akhirat kelak, iaitu . . . MEREKA YANG BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH!!